Assalamualaikum dan salam satu blogger. Nie ade bende skit nak share pasal binatang! Hehe….natang yang orang secara sengaja atau tak termakan atau tertelan la ko.t. Kira bende wajib yang masuk dalam badan la nie. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.
[IMG]
]Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!

ni merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?
1,135 pasangan Bercerai Tak Sampai Setahun
KUALA TERENGGANU: Lebih 10 peratus pasangan suami isteri di negeri ini bercerai selepas berkahwin tidak sampai setahun. Ini berdasarkan rekod daripada 10,524 pasangan yang berkahwin di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu, 1,135 daripadanya bercerai.Daerah Kuala Terengganu menjadi mencatatkan rekod tertinggi apabila 432 daripada keseluruhan 3,496 pasangan berkahwin tahun lalu bercerai selepas setahun berumahtangga.
Ini diikuti daerah Besut yang mencatatkan seramai 183 pasangan bercerai; Kemaman (154); Dungun (162); Hulu Terengganu (85); Marang (94) dan Setiu 25, manakala 180 pasangan terpaksa dirujuk kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk diberi kaunseling.
Bagaimanapun, daripada keseluruhan 1,135 pasangan suami isteri yang bercerai, 353 pasangan rujuk semula selepas mengikuti program motivasi dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Antara faktor dikenal pasti punca utama perceraian, termasuk pasangan kurang asas agama, kegagalan pasangan terutama suami memikul tanggungjawab, campur tangan keterlaluan dari ahli keluarga serta pasangan bermain kayu tiga, sekali gus gagal mempertahankan rumah tangga.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad, berkata walaupun fenomena perceraian di negeri ini masih rendah berbanding negeri lain, ia memusnahkan institusi keluarga dan turut memberi kesan kepada kerajaan negeri.
Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri melalui YPKT mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kes perceraian termasuk memperkenalkan pakej bulan madu kali kedua kepada pasangan yang usia perkahwinannya di bawah lima tahun.
“Kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif menganjurkan program bulan madu kali kedua ini bagi mengurangkan kes perceraian terutama membabitkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada alam usia muda.
“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu institusi keluarga yang dibina porak peranda sehingga memberi kesan kepada pembentukan masyarakat pada jangka panjang,” katanya.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kerajaan negeri melalui dua agensi iaitu YPKT dan JHEAT berusaha menganjurkan pelbagai kursus termasuk kebahagiaan rumah tangga bagi mengurangkan masalah ini.
Katanya, perceraian dan keruntuhan rumah tangga akan menyebabkan kerajaan negeri turut terkena tempiasnya kerana terpaksa menyediakan peruntukan bagi membantu anak pasangan bercerai dan menyalurkan bantuan bulanan kepada ibu tunggal.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh, berkata berkahwin kerana nafsu, tidak bersedia dari segi mental dan kewangan selain kurang asas agama dan panduan daripada ibu bapa menyebabkan berlaku perceraian awal.
Ada antara mereka yang terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur atau semata-mata kerana nafsu sedangkan masih tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.
“Kes ini menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian walaupun usia perkahwinan. Jika pasangan berkahwin atas dasar kasih sayang, setidak-tidaknya mereka sudah bersedia dari segi mental dan dalam masa sama mereka akan berusaha untuk memperkukuhkan kewangan demi kerukunan rumah tangga yang dibina,” katanya.
Profesor dan Malam Bahagia
Seorang professor pakar kajian tentang tabiat manusia telah mengadakan satu seminar di sebuah dewan yang di hadiri oleh lima puluh pasangan suami isteri bermasaalah yang masing-masing berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas.
Didalam membentangkan kertas-kerjanya Si professor menerangkan bahawa “mood” seharian sesaorang itu banyak bergantung pada kekerapan mereka melakukan hubungan seks suami isteri. Contohnya:
1. Hubungan seks setiap hari ataupun sekurang-kurangnya 4 hari dalam seminggu.
Air muka seorang lelaki akan nampak selalu ceria, peramah dan senang ketawa.
2. Jika hubungan seks dilakukan sekali dalam seminggu.
Selalunya nampak ceria dan senanghati pada hari yang tertentu. Kebanyakan hari yang dilalui dengan berwajah serious.
3. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam sebulan.
Jangan cuba-cuba bawak bergurau dengan orang seperti ini kerana silap hari bulan penumbuk atau penampar akan singgah ke muka kita.
4. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam setahun.
Orang sebegini ada teruk sikit. Raut muka murung semanjang. Kalau dia ketawa pun mungkin hari itu dia kena loteri.
Professor itu cuba buktikan kesahihan kajiannya ini dengan bertanyakan soalan pada salah satu para peserta lelaki.
“ Saudara yang duduk di kerusi no 5 barisan dua sila berdiri sebentar.” Katanya. “Berapa kerapkah saudara lakukan dalam seminggu?”
“Oh, saya tidak selalu. Dalam sebulan mungkin enam atau tujuh kali saja sebab kami berdua terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kami jadi tak ada masa langsung untuk bermesra”, kata peserta itu sambil menjeling pada isterinya yang duduk di barisan kumpulan wanita.
Setiap peserta tersenyum simpul sambil menepuk tangan pada jawapan lelaki itu.
“Jadi betulkah tanggapan saya yang saudara ini dalan kategori nombor dua?”
“Ya, keterangan tuan saya setuju”. Jawabnya sambil duduk semula.
Kemudian professor itu mengajukan soalan pada sesiapa yang sukarela membuat pengakuan yang mereka berhubungan seks dalam kategori 4.
“Saya, saya..” teriak seorang lelaki yang berumur 50 puluhan yang duduk di barisan belakang berdiri sambil berlonjak-lonjak keriangan.
“Terimakasih. Adakah anda terlalu jarang-jarang berhubungan seks dengan isteri anda?”
“Iya.. betul tu… Setahun kami lakukan hanya sekali aja.” Katanya dengan girang.
Para peserta yang lain jadi tertawa dengan telatah lelaki itu.
“Tapi anda kelihatan nampaknya terlalu suka hati. Tidak seperti yang saya jangkakan yang anda tentunya kelihatan sedih. Kenapa agaknya?” Tanya professor itu dengan malu sebab kali ini jangkaannya meleset dan para peserta mungkin tidak mempercayainya lagi.
“Ye..ye…Tentu sekalilah tuan. Sebab saat yang indah itu adalah “MALAM INI ! “ Katanya sambil memerhatikan isterinya yang duduk jauh di barisan tengah bahagian wanita.
“Ooohh…patutlah..” Professor itu tersenyum simpul.
Satu dewan gegak gempita dengan hilai ketawa kesemua para peserta yang hadir.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
t/k di atas komen anda