lizatms

Dalam kemaskini. Segala kesulitan amatlah harap di maafkan. Komen anda amat berharga bagi saya

NURUL AIFAA ARRINA

pina 1 ...

SEMUA 1

SEMUA ANAK2 1 ...

NURUL IZZATIE.

ANGAH

NURUL NATASYA

ACIK

ZULFAQAR IKHWAN

ABANG LONG

Latest Posts

Isnin, 5 September 2011

Selasa, 30 Ogos 2011

PENGALAMAN RAMADHAN DI PERANTAUAN





Salam sayang buat semua teman-teman...
 Di sini ingin LIZA kongsi pengalamam2 menyambut ramadham di perantaun.

Sebagai intro,
sebelum ini LIZA tidak pernah mengalami pengalaman berpuasa di tempat orang.
sebelum ramadahan tiba, perbagai cerita2 menarik yang LIZA dengar dari kawan2 yang berpengalam menyambut ramadhan.
sehari sebelum puasa, di Negeri Sembilan akan menyambut mantai. LIZA tertanya2 apa itu mantai?
rupa2nya mantai adalah makan bersama semua keluarga sebelum puasa @ hari raya..
ooooooooooooooo baru LIZA tahu.
tp orang cina memanggil makan besar.
LIZA cubalah mantai jugalah hari tu. ramailah yang datang sanak saudara seagama tp bkn ahli keluarga, yang datang tu pengunjung kedai makan, haaaaa.
kalau dulu, LIZA makan bersama keluaga juga tp tidak di panggil matai (tiada apa2 panggilan)

hari pertama puasa,
LIZA bekerja shiff,
bila shiff petang dan tiba waktu berbuka, semua berebut untuk mencari tempat berbuka posa,
siap tempah kerusi kat restroom. Kaum indiapun satu lah, bagilah peluang kepada mereka yg beragama islam,
ini tidak, dia dulu yang kedepan.
LIZA biasa berbuka di kantin, banyaklah kerusi kosong yang perlu di isi dan tidak perlulah berebut2 mencari tempat nak landing. TP.... kat kantin harga MAHAL NAK MAMPUS...

Bila shiff pagi, dan masuk waktu berbuka puasa,
LIZA ke pasar ramadhan mencari kuih muih, lauk pauk untuk berbuka puasa.
suasana di pasar ramadhan kat sini (Negeri Sembilan) amat jauh berbeza dgn pasar ramadhan di kg halaman (Terengganu). lauk pauk, kuih muih berbeza bentuk dan rasa. Suasana Keriuhan dapat di rasai seperti pasar borong. kalau kat Terengganu senyappppppppp je. Kat sini, suka lah saya tengok gelagat peniaga2 dengan telatah masing2. punyalah ramai peniaga kat sini mengalahkan pasar borong selayang...
yang saya hairan, dari mana datangnya suara peniaga tu... bukan slow bunyinya, sampai kat hujung sana,
tak ke rasa perik tekak? tak ke dahaga? mungkin alah bisa tegal biasa. mengalahkan tentera kawat.

Bila di akhir ramadhan,
Masing2 sibuk bertanya pasal balik kg, sibuk dengan perniagaan kuih muih, tak kurang juga sibuk
dengan perniagaan barang terlarang, mercun. Itu dia punya pasal....
LIZA ada dengar cerita2 pasal semua berkumpul untuk meminta maaf. Adakah sama dgn tempat kerja LIZA dulu... Dalam hati, pengalaman baru ni... hari tersebut LIZA shiff pagi, tp LIZA
tetap juga nak rasa pengalaman td,
pertukaran shiff pada kul 3.00, semua berkumpul untuk meminta maaf.. maaf mu di terima semuanya.

TP... hati ku berduka cita, apa yang ku harapkan tidak seperti yang di harapkan.
APAKAN TIADA PROGRAM BERSALAM-SALAMAN DALAM BULAT. SEORANG DEMI SEORANG BERSALAMAN, BERPELUKAN MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS KESILAPAN YANG LALU DAN YANG AKAN DATANG?
Hampa........

Apa yang LIZA harapkan, kita berkumpul dalam bulatan, membuat ucapan aidilfitri dan berjabat tangan dengan mata bertentang mata serta berpelukan sesama insan memohon kemaafan.

Dua minggu sebelum aidilfitri, Kaw. ampangan telah sibuk dengan perniagaan keperluan raya..
pengunjung bukannya sedikit. bayangkan 1km masih lagi sanggup parking kereta.
Hari terakhir ramadhan,
Ada lagi mantai..............

Cerita pasal Perniagaan keperluan raya pula. Malam terakhir sebelum aidilfitri manjelang tiba.
berduyun2, berdusun2, berjuta2 lemon pengunjung tiba. banyangkanlah, sampai kul 3.30 pagi masih
lagi ramai pengunjung...
Suasana fulamak.. LIZA nak jalan pn beresak2, berkepit2 tak taulah nak cakap apa...
laungan peniaga mengelikan hati LIZA. Yang melelong kuih muih, pakaian.
jika di bandingkan dengan Terengganu, jam 12.00 dah tutup kedai...
Tak mampu LIZA nak tunggu sampai bila peniaga nak tutup, akhirnya LIZA balik kul 3.30.
sebab esok nak RAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

PENGALAMAN BERHARI RAYA AKAN BERSAMBUNG....

***** harap di maafkan jika ada kesilapan di atas kesalahan ayat2 dan bahasa di atas **********

Isnin, 29 Ogos 2011

BULETIN

Makhluk yg kita makan setiap hari…
Assalamualaikum dan salam satu blogger. Nie ade bende skit nak share pasal binatang! Hehe….natang yang orang secara sengaja atau tak termakan atau tertelan la ko.t. Kira bende wajib yang masuk dalam badan la nie. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.
[IMG]]
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!


ni merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

 

 

 

1,135 pasangan Bercerai Tak Sampai Setahun

KUALA TERENGGANU: Lebih 10 peratus pasangan suami isteri di negeri ini bercerai selepas berkahwin tidak sampai setahun. Ini berdasarkan rekod daripada 10,524 pasangan yang berkahwin di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu, 1,135 daripadanya bercerai.
Daerah Kuala Terengganu menjadi mencatatkan rekod tertinggi apabila 432 daripada keseluruhan 3,496 pasangan berkahwin tahun lalu bercerai selepas setahun berumahtangga.
Ini diikuti daerah Besut yang mencatatkan seramai 183 pasangan bercerai; Kemaman (154); Dungun (162); Hulu Terengganu (85); Marang (94) dan Setiu 25, manakala 180 pasangan terpaksa dirujuk kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk diberi kaunseling.
Bagaimanapun, daripada keseluruhan 1,135 pasangan suami isteri yang bercerai, 353 pasangan rujuk semula selepas mengikuti program motivasi dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Antara faktor dikenal pasti punca utama perceraian, termasuk pasangan kurang asas agama, kegagalan pasangan terutama suami memikul tanggungjawab, campur tangan keterlaluan dari ahli keluarga serta pasangan bermain kayu tiga, sekali gus gagal mempertahankan rumah tangga.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad, berkata walaupun fenomena perceraian di negeri ini masih rendah berbanding negeri lain, ia memusnahkan institusi keluarga dan turut memberi kesan kepada kerajaan negeri.
Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri melalui YPKT mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kes perceraian termasuk memperkenalkan pakej bulan madu kali kedua kepada pasangan yang usia perkahwinannya di bawah lima tahun.
“Kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif menganjurkan program bulan madu kali kedua ini bagi mengurangkan kes perceraian terutama membabitkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada alam usia muda.
“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu institusi keluarga yang dibina porak peranda sehingga memberi kesan kepada pembentukan masyarakat pada jangka panjang,” katanya.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, kerajaan negeri melalui dua agensi iaitu YPKT dan JHEAT berusaha menganjurkan pelbagai kursus termasuk kebahagiaan rumah tangga bagi mengurangkan masalah ini.
Katanya, perceraian dan keruntuhan rumah tangga akan menyebabkan kerajaan negeri turut terkena tempiasnya kerana terpaksa menyediakan peruntukan bagi membantu anak pasangan bercerai dan menyalurkan bantuan bulanan kepada ibu tunggal.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh, berkata berkahwin kerana nafsu, tidak bersedia dari segi mental dan kewangan selain kurang asas agama dan panduan daripada ibu bapa menyebabkan berlaku perceraian awal.
“Siasatan kami mendapati kebanyakan mereka kala tidak bersedia untuk kahwin.
Ada antara mereka yang terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur atau semata-mata kerana nafsu sedangkan masih tidak bersedia dari segi mental dan kewangan.
“Kes ini menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian walaupun usia perkahwinan. Jika pasangan berkahwin atas dasar kasih sayang, setidak-tidaknya mereka sudah bersedia dari segi mental dan dalam masa sama mereka akan berusaha untuk memperkukuhkan kewangan demi kerukunan rumah tangga yang dibina,” katanya.


Profesor dan Malam Bahagia
Seorang professor pakar kajian tentang tabiat manusia telah mengadakan satu seminar di sebuah dewan yang di hadiri oleh lima puluh pasangan suami isteri bermasaalah yang masing-masing berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas.
Didalam membentangkan kertas-kerjanya Si professor menerangkan bahawa “mood” seharian sesaorang itu banyak bergantung pada kekerapan mereka melakukan hubungan seks suami isteri. Contohnya:
1. Hubungan seks setiap hari ataupun sekurang-kurangnya 4 hari dalam seminggu.
Air muka seorang lelaki akan nampak selalu ceria, peramah dan senang ketawa.
2. Jika hubungan seks dilakukan sekali dalam seminggu.
Selalunya nampak ceria dan senanghati pada hari yang tertentu. Kebanyakan hari yang dilalui dengan berwajah serious.
3. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam sebulan.
Jangan cuba-cuba bawak bergurau dengan orang seperti ini kerana silap hari bulan penumbuk atau penampar akan singgah ke muka kita.
4. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam setahun.
Orang sebegini ada teruk sikit. Raut muka murung semanjang. Kalau dia ketawa pun mungkin hari itu dia kena loteri.
Professor itu cuba buktikan kesahihan kajiannya ini dengan bertanyakan soalan pada salah satu para peserta lelaki.
“ Saudara yang duduk di kerusi no 5 barisan dua sila berdiri sebentar.” Katanya. “Berapa kerapkah saudara lakukan dalam seminggu?”
“Oh, saya tidak selalu. Dalam sebulan mungkin enam atau tujuh kali saja sebab kami berdua terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kami jadi tak ada masa langsung untuk bermesra”, kata peserta itu sambil menjeling pada isterinya yang duduk di barisan kumpulan wanita.
Setiap peserta tersenyum simpul sambil menepuk tangan pada jawapan lelaki itu.
“Jadi betulkah tanggapan saya yang saudara ini dalan kategori nombor dua?”
“Ya, keterangan tuan saya setuju”. Jawabnya sambil duduk semula.
Kemudian professor itu mengajukan soalan pada sesiapa yang sukarela membuat pengakuan yang mereka berhubungan seks dalam kategori 4.
“Saya, saya..” teriak seorang lelaki yang berumur 50 puluhan yang duduk di barisan belakang berdiri sambil berlonjak-lonjak keriangan.
“Terimakasih. Adakah anda terlalu jarang-jarang berhubungan seks dengan isteri anda?”
“Iya.. betul tu… Setahun kami lakukan hanya sekali aja.” Katanya dengan girang.
Para peserta yang lain jadi tertawa dengan telatah lelaki itu.
“Tapi anda kelihatan nampaknya terlalu suka hati. Tidak seperti yang saya jangkakan yang anda tentunya kelihatan sedih. Kenapa agaknya?” Tanya professor itu dengan malu sebab kali ini jangkaannya meleset dan para peserta mungkin tidak mempercayainya lagi.
“Ye..ye…Tentu sekalilah tuan. Sebab saat yang indah itu adalah “MALAM INI ! “ Katanya sambil memerhatikan isterinya yang duduk jauh di barisan tengah bahagian wanita.
“Ooohh…patutlah..” Professor itu tersenyum simpul.
Satu dewan gegak gempita dengan hilai ketawa kesemua para peserta yang hadir.

HARI KELUARGA

SUDAH LAMA BLOG AKU TIDAK DI KEMASKINI.
AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MENGEMASKINI SEMULA.
BLOG INI BUKAN LAGI BLOG PERNIAGAAN SEPERTI DAHULU.
KINI USAHABAKTI TELAH BERTUKAR WAJAH.
IKUTI POST PERTAMA….
HARI KELUARGA
Berdasarkan pengalaman aku yang pertama kali pergi Melaka Wonderland Theme Park ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. Nak kata besar tu tak besar sangat la. Macam A’Famosa Waterworld kira besar dah tu. Melaka Wonderland ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam Desa Waterpark kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni takde la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat je
Overall, aku bagi 3 out of 5 stars kepada Melaka Wonderland ni. Sederhana je sebab aku rasa tempat ni kecil & tak banyak sangat game.